
PETALING JAYA: Sumber dalam PKR Sabah mengenyahkan dakwaan parti itu menjadi penghalang kerjasama Warisan dan Umno bagi menghadapi PRN akan datang.
Semalam, Utusan Malaysia memetik sumber Warisan yang berkata mereka menganggap PKR boleh menjadi penghalang kerjasama Warisan dan Umno, sebab presidennya, Shafie Apdal, tidak diundang ke Himpunan Perdana Rakyat.
Acara di Kota Kinabalu itu, yang diadakan pada 4 Ogos lepas, meraikan 25 tahun penubuhan PKR Sabah dan dihadiri pemimpin Pakatan Harapan, Gabungan Rakyat Sabah, dan Umno Sabah.
Seorang pemimpin kanan PKR Sabah bagaimanapun berkata pimpinan Warisan diundang ke acara tersebut.
“PKR Sabah telah hantar surat untuk mengundang semua pemimpin parti cuma mereka yang tidak hadir,” katanya kepada FMT.
Beliau juga mempersoalkan asas kepada dakwaan ini.
“Dakwaan…