
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR membidas MCA yang didakwanya telah melampaui batas dalam maklum balasnya terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkait isu penjualan ‘sandwic ham & cheese’ papar logo halal palsu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fahmi Zainol turut meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) itu tidak masuk campur kerana isu terbabit bukan lagi soal mendapat ‘political mileage’.
“Ini soal menghormati kesucian Islam.
“Saya menempelak sekeras-kerasnya kenyataan biadap MCA ekoran maklum balas terhadap teguran dibangkitkan Akmal,” kata Adun Pantai Jerejak itu dalam kenyataan.
Semalam, Naib Presiden MCA Wee Jeck Seng berkata Akmal sepatutnya mengelak daripada mempolitikkan isu penjualan sandwic memaparkan logo halal palsu dikesan di kedai serbaneka KK Mart di Universiti Malaya (UM), minggu…