Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemimpin PKR tepis dakwaan Hadi kerajaan perpaduan akan tumbang

today2 March 2023

Background


Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, kerajaan hari ini kuat kerana memiliki sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

Razeef Rakimin berkata, tiada asas kerajaan perpaduan akan tumbang kerana ia mempunyai sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR menolak dakwaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim tidak akan kekal dan sedang menuju kehancuran.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, dakwaan itu jelas tidak berasas kerana kerajaan perpaduan hari ini paling kukuh dengan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

“Jadi, di mana asas bahawa kerajaan hari ini tidak akan bertahan lama, apatah lagi dengan pelaksanaan akta anti-lompat parti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dengan adanya kerjasama padu Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak, serta undang-undang anti-lompat parti, tidak berasas untuk menganggap kerajaan sekarang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post