Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, kerajaan hari ini kuat kerana memiliki sokongan dua pertiga Ahli Parlimen.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR menolak dakwaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim tidak akan kekal dan sedang menuju kehancuran.
Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, dakwaan itu jelas tidak berasas kerana kerajaan perpaduan hari ini paling kukuh dengan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.
“Jadi, di mana asas bahawa kerajaan hari ini tidak akan bertahan lama, apatah lagi dengan pelaksanaan akta anti-lompat parti,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, dengan adanya kerjasama padu Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak, serta undang-undang anti-lompat parti, tidak berasas untuk menganggap kerajaan sekarang…
