Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemimpin politik ucap tahniah pada Anwar

today24 November 2022

Background



Lim Guan Eng berpandangan Anwar Ibrahim individu paling sesuai menjadi perdana menteri, manakala Young Syefura Othman berasa tidak sabar untuk pengerusi PH itu memimpin negara.

PETALING JAYA: Para pemimpin politik negara mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim susulan pengumuman Istana Negara berhubung pelantikannya sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-10.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata, Anwar sesuai memegang peranan itu dan mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas keputusan β€œbijak” baginda.

β€œBeliau pilihan rakyat. Saya percaya Anwar akan menjalankan tugasnya dan menegakkan perlembagaan, menubuhkan kerajaan berjiwa rakyat untuk kepentingan semua,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, juga daripada DAP berkata, beliau berasa senang dengan berita itu dan gembira untuk Anwar.

β€œSaya juga gembira untuk PH dan tak sabar untuk Anwar memimpin agenda dan reformasi negara,” katanya.

BERITA LANJUT…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Reshna Reem Ganesan dan Predeep Nambiar


Previous post