
KOTA KINABALU: Pemimpin Sabah mempersoalkan desakan Putrajaya untuk meneruskan rancangan kontroversi untuk mengeluarkan kad warga asing di negeri itu.
Bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee berkata beliau terkejut dengan desakan Menteri Dalam Negeri untuk melaksanakannya ketika kerajaan negeri itu masih pun belum membuat keputusan.
“Kenapa tergesa-gesa untuk melaksanakan kad warga asing?” kata Timbalan Pengerusi Perikatan itu kepada FMT, sambil menjelaskan bahawa ia adalah hak kerajaan negeri untuk memberi kata putus.
Yong yang juga Presiden SAPP, berkata kerajaan persekutuan sebaliknya harus memberi tumpuan dalam menghantar semula warga asing tanpa dokumen yang berada di pusat tahanan ketika ini serta usaha menghalang pendatang baharu masuk ke Sabah secara…