
PETALING JAYA: Pemimpin Sarawak mengecam cadangan Ahli Parlimen Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal agar Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk jawatan perdana menteri diisi orang Melayu sahaja.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pemimpin sepatutnya meninggalkan perspektif etnosentrik jika mahu Malaysia maju dan mendapat penghormatan antarabangsa.
Beliau menekankan keperluan untuk negara berganjak melampaui retorik, terutama selepas enam dekad kemerdekaan.
“Malang melihat masih ada pemimpin bermain kaum dan agama,” katanya kepada FMT.
“Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama. Jika kita mahu maju dan dihormati dalam negara dan luar, kita mesti meninggalkan segala bentuk perkauman.
“Kita mahu kepada pemimpin mengelak diskriminasi terhadap minoriti,…