
Pemimpin Umno membidas Penasihat DAP Lim Guan Eng berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Menurut ahli majlis kerja tertinggi Umno, Razlan Rafii, bahawa tiada istilah lebihan berbelanja seperti yang dibangkitkan Lim, dan mempersoalkan kenyataan pemimpin DAP itu.
KKDW diterajui Menteri Zahid Hamidi, yang juga presiden Umno dan timbalan perdana menteri.
Terdahulu, Lim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SOPRM) menyiasat dakwaan perbelanjaan berlebihan oleh KKDW. Menurut beliau, perbelanjaan kementerian itu dari 2023 hingga 2025 mengumpulkan lebihan perbelanjaan berjumlah RM2.1 bilion.
“Dari mana beliau mendapat istilah ‘lebih berbelanja sebanyak RM2.1 bilion’?” kata Razlan dalam kenyataan.
“Adakah beliau memetik angka itu daripada kenyataan ketua setiausaha Perbendaharaan (KSP) sebelum ini atau beliau…