Hot FM

Pemimpin Umno harus belajar jadi ‘pembangkang’, kata Johari


johari ghani
Kebolehan pemimpin Umno untuk menjadi pembangkang yang berfungsi akan membawa manfaat kepada rakyat, kata Naib Presiden Umno Johari Ghani.

PETALING JAYA: Umno perlu melatih pemimpinnya menjadi pembangkang agar boleh menyemak imbang wakil rakyat yang tidak melaksanakan tugas dengan baik, kata Johari Ghani.

Naib presiden Umno itu berkata, kebolehan pemimpinnya bukan sahaja sebagai wakil rakyat, malah sebagai pembangkang yang berfungsi akan membawa manfaat kepada rakyat.

“Kita nak latih pemimpin Umno jadi pembangkang, asyik menang (saja), bila dah kalah jadi tak pandai (membangkang).

“Kena belajar (jadi pembangkang), baru akhirnya rakyat akan dapat manfaat, ‘good’ wakil rakyat, ‘good’ pembangkang,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata sedemikian selepas perasmian Mesyuarat Umno Bentong di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong (MPB), hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pemangku Ketua Umno Bentong Mohamad Zaini Salleh dan bekas menteri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version