Site icon Hot FM

Pemimpin Umno nafi wujud usaha guling Zahid


Naib Presiden Umno Khaled Nordin menegaskan, pihaknya akan terus berusaha memohon pengampunan penuh buat Najib Razak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Khaled Nordin menafikan terdapat gerakan untuk menggulingkan Presiden Zahid Hamidi, yang kononnya diusahakan oleh ketua-ketua bahagian parti itu.

Khaled berkata, beliau tidak tahu bagaimana perkara ini bangkit pada kala pucuk pimpinan parti sedang menyelesaikan isu-isu lain termasuk pengampunan bekas presidennya Najib Razak.

“Surat kalau ditandatangani (ketua bahagian) pun, presiden tak akan terguling.

“Jadi buat apa nak tandatangan surat. Mana ada,” katanya selepas sebuah acara di Kota Tinggi hari ini, lapor Harian Metro.

Apabila ditanya mengenai respons akar umbi Umno yang dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Pengampunan berhubung Najib, Khaled menegaskan, pihaknya tetap akur ia hak mutlak dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

“Walaupun ada ribut dan desakan berlaku, ia di luar apa yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version