
PETALING JAYA: Pemimpin Umno menolak kemungkinan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan Najib Razak akan bekerjasama semula disebabkan permusuhan panjang antara mereka.
Dua pemimpin yang enggan dinamakan memberitahu FMT, orang ramai tidak patut percaya cakap-cakap berhubung kemungkinan kedua-duanya bekerjasama semula.
Seorang pemimpin menyifatkan ia sekadar cubaan Bersatu untuk meningkatkan kelayakannya.
“Kekuatan mereka semakin merosot kerana lebih ramai Ahli Parlimen Bersatu berikrar menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Mereka takut PAS hilang kepercayaan kepada mereka.
“Mungkin mereka percaya dengan menggembar-gemburkan kemungkinan Muhyiddin dan Najib bekerjasama semula, mereka boleh memastikan PAS kekal dalam Perikatan Nasional (PN).”
Pemimpin itu berkata, realitinya Najib yang dipenjarakan kekal sebagai tokoh popular, bukan saja…