
Parti Wawasan Negara (Wawasan) Johor menyalahkan Bersatu sebagai punca kepada kekalahan teruk Perikatan Nasional (PN) yang gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN negeri itu semalam.
Ketua Wawasan Johor, Zulkifli Bujang berkata kemerosotan ketara sokongan terhadap PN pada PRN kali ini tidak boleh dipisahkan daripada kemelut dalaman Bersatu yang berlarutan sejak sekian lama.
“Konflik kepimpinan, perpecahan dalaman dan kegagalan menyelesaikan pelbagai isu organisasi akhirnya bukan sahaja melemahkan Bersatu sebagai parti komponen, malah turut mengheret keseluruhan PN menerima kesan politik yang besar.
“Rakyat melihat apa yang berlaku. Mereka mahukan sebuah gabungan yang stabil, tersusun dan mampu menawarkan kepimpinan yang meyakinkan. Sebaliknya, apa yang dipaparkan kepada rakyat ialah pertelagahan berpanjangan dan kegagalan…