Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Peminat ‘Geram’ Lihat Babak Cium Tangan Amir Ahnaf & Anna Jobling

today21 September 2023

Background

Pelakon sensasi, Amir Ahnaf sekali lagi mencuri tumpuan selepas beberapa potong video pendeknya bersama pelakon, Anna Jobling tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Amir dan Anna kelihatan sedang menjalani penggambaran drama terbaru lakonan mereka.

Bagaimanapun, aksi cium tangan yang dipaparkan didalam video berkenaan meninggalkan pelbagai respons dalam kalangan peminat.

“Siapa kawin dengan Amir nanti mesti beruntung gila dia.

“Kau bayangkan tangan kau kena cium dengan Amir Ahnaf.

“Aku yang menggelupur tengok cium-cium ni,” komen netizen.

Meskipun terdapat segelintir peminat yang masih tidak boleh ‘move on’ dengan lakonan Anna dan Meerqeen dalam drama popular mereka, Melur Untuk Firdaus, namun ramai peminat menganggap, Anna bertuah kerana sering dipadankan dengan aktor kacak dan berbakat.

Bahkan, ada juga dalam kalangan peminat yang ‘panas’ hati melihat babak ‘intimate’ yang dilakonankan mereka.

“Ya Allah, main cium tangan.

“Macam mana nak move on ni, tengok lah tu the way he kissed her hand.

“Anna ni ambil je lah semua. Memang semua untuk awak je.

“Bertuah betul Anna ni tangan dia kena cium dengan Amir,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 29 saat itu telahpun ditonton lebih dari 21,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Rabu.

 

Written by: Salma


Previous post

Sukan

‘Kami tidak bernasib baik biarpun menguasai permainan’ – Abbas

Kuala Terengganu: Pengendali kelab Australia, Central Coast Mariners, Abbas Saad menyifatkan anak buahnya tidak bernasib selepas dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi pertama Kumpulan G saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.

today21 September 2023