Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Peminat Jadi Pembakar Semangat Riz Zaizizi Hadir Uji Bakat Calpis Soda One In A Million

today24 November 2024

Background


Pada mulanya, beliau beranggapan umurnya mungkin tidak ideal untuk rancangan nyanyian ini. Namun, selepas menerima tamparan hebat daripada penonton sesi live-nya di TikTok mengenai suaranya, itu yang menjadi pendorong semangat untuk beliau tampil dan mencuba.

“Saya tak terfikir pun OIAM ini untuk saya, tapi bila saya buat live di TikTok, ramai yang suruh saya pergi. Ada seorang tu pernah cakap, ‘Bang, pinjam suara bang. Kalau saya ada suara macam abang, mesti saya pergi’

“Lebih-lebih lagi apabila melihat rakan artis yang sudah terkenal tetapi masih hadir ke audisi OIAM, itu juga menjadi motivasi untuk beliau menyertai uji bakat. “Rezeki Allah yang bagi, jadi saya usaha je pergi uji bakat, kalau ada rezeki, ada,” ujarnya.

Difahamkan, Riz mempunyai single terakhir pada tahun 2014 berjudul ‘Sempurnakan Aku Dan Dia’. 

“Saya memang minat nyanyi dan ingin menghasilkan lagu baru. Tapi, untuk buat lagu, modalnya besar dan memerlukan pasukan yang bagus. Saya buat kerja seorang diri,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post