Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Peminat Meriahkan Birthday Siti Nurhaliza, Sambut Ramai-Ramai Di Bukit Bintang

today13 January 2025

Background

Sitizone, kelab peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta kejutan istimewa dengan menganjurkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran Biduanita Negara yang ke-46 di ibu kota, malam tadi.

Acara tersebut diserikan dengan tayangan video penghargaan di papan iklan digital kawasan segi tiga emas Bukit Bintang yang menampilkan perjalanan seni luar biasa Siti sebagai simbol penghormatan atas pencapaiannya dalam industri muzik.

Lebih menarik, kehadiran Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, anak-anak dan keluarga menambah kemeriahan acara tersebut.

Difahamkan, ia telah dirancang oleh peminatnya sejak dua bulan lalu sebagai tanda kasih dan sokongan mereka.

Keterujaan orang ramai semakin memuncak apabila hampir 2,000 peminat pelbagai kaum berkumpul di lokasi itu untuk menyaksikan detik bersejarah bersama Mustika Hati mereka.

Dikenali dengan sikap rendah diri, pelantun lagu Sejarah itu turut meluangkan masa menyapa peminat yang jelas gembira dapat bertemu dengannya secara langsung.

Majlis penuh makna ini mengukuhkan lagi ikatan erat antara figura ikonik tersebut dengan peminat setianya yang tetap teguh menyokong perjalanan seninya selama hampir tiga dekad.

Written by: Aqilah