Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Peminat Puji Bacaan Ayat Suci Al-Quran Syafinaz Selamat

today25 February 2026

Background

Penyanyi yang juga guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menyorot perhatian ramai apabila bacaan al-Quran menerusi surah Al-Mulk yang tular di media sosial baru-baru ini menerima respons positif dalalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian video berdurasi tiga minit lebih, Syafinaz kelihatan tampil melantunkan surah Al-Mulk, ayat 22 hingga 23 menerusi sebuah program televisyen.

“Datuk Syafinaz mengaji pun sedap,” tulis pada hantaran berkenaan.

 

View on Threads

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terpegun dengan alunan bacaan surah Al-Mulk yang diperdengarkan Syafinaz, sekali gus menyifatkan penyanyi itu bertuah kerana dikurniakan suara yang lunak dan merdu.

Written by: Salma


Previous post