Site icon Hot FM

Peminat Teharu Lihat Janna Nick & Dini Schatzmann Baiki Bacaan Al-Fatihah Ikut Tajwid

Pelakon dan pengacara, Janna Nick dan suaminya, pelakon, Dini Schatzmann menerima pujian ramai apabila memperbaiki cara bacaan surah wajib ketika menunaikan solat.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner, 31, memuat naik sebuah video memaparkan suaminya, Dini Schatzmann sedang belajar sebutan yang betul dari hukum tajwid dalam surah tersebut.

“Abaikan ikut trend tular, jom betulkan bacaan Al-Fatihah kita,” tulisnya ringkas.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui mereka terharu melihat usaha Dini untuk memperbetulkan bacaannya.

Malah, ramai dalam kalangan netizen turut mendoakan agar pasangan sejoli ini sentiasa istiqamah dalam beribadah.

@jannanickofficial

abaikan follow viral trend, jom betulkan bacaan Al fatihah kita ❤️ dailyvlog vlog couple

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Artikel Berkaitan: “Hipokrit Ek?” – Janna Nick Persoal Tindakan Boikot Sekadar Bermusim Atau Hanya Ikut Trend

Artikel Berkaitan: Janna Nick Tempelak Netizen Komen ‘Jangan Terlalu Berharap Soal Zuriat’ – “Kenapa Manusia Suka Jadi ‘Joy Killer?’

Exit mobile version