Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Peminat Terharu Dapat Layanan Mesra Ameera Khan

today8 August 2025

Background

Personaliti media sosial dan model jelita, Ameera Khan sebelum ini hangat menjadi buah mulut ramai, terutamanya selepas sering memaparkan aksi mesra bersama kekasih hatinya, aktor tampan Indonesia, Jefri Nichol kepada umum.

Malah, sebelum ini timbul beberapa dakwaan mengatakan adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu bersikap sombong gara-gara tular beberapa kenyataannya yang mengundang spekulasi ramai.

Namun begitu, menerusi ciapan di Threads seorang individu berkongsi pengalamannya menegur Ameera ketika berada di lapangan terbang.

Individu tersebut tidak menyangka Ameera melayannya seperti mereka sudah mengenali lama dan berkawan, bukan sekadar orang luar yang hanya ingin bergambar.

“Bumped into Ameera Khan dekat airport. Awal tu tak perasan pun dia cuma dalam hati ‘lawanya’. Saya hanya tersenyum, dan dia balas senyuman itu.

“Saya minta izin kepada dia untuk bergambar dia jawab saya dengan sangat lembut ‘eh boleh’. Tak sempat saya tanya apa-apa pada dia, tapi Ameera pula tanya saya ‘dah makan ke belum, kerja ke harini’ sambil usap belakang saya macam tengah tenangkan seseorang,” katanya.

Individu tersebut juga tersentuh dengan tindakan Ameera itu, malah turut memujinya seorang pempengaruh yang sopan dan beradab.

“Rasa macam kawan-kawan. Sumpah adab dia sangat tinggi. Saya bukan peminat, tapi momen itu sangat menyentuh.

“Benda itu kecil saja sebenarnya tetapi dia dengar saya bersembang sampai habis tak ada nak tunjuk tengah kelam kabut.

“Tak sangka dia akan layan macam tu, dah la cantik.. sikap dia pun baik,” katanya.

Terdahulu, netizen membuat perbandingan di antara Ameera dan kakaknya, Athisha Khan yang menyifatkan perbezaan antara dua beradik itu ibarat ‘langit dan bumi’.

Keperibadian Athisha dipuji matang, berpendidikan serta tidak terlalu menonjolkan kehidupan peribadi di media sosial, manakala Ameera pula dikatakan terlalu mencuba untuk tampil berbeza, malah dilabel sebagai ‘pick me girl’ oleh sesetengah pihak.

Artikel Berkaitan: Athisha Khan Dipuji Bijak, Berhemah… Netizen Bandingkan Dengan Ameera Khan

Written by: Aqilah


Previous post