Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Peminat Teruja, Request Tiket Harga Rahmah Bila PM Ucap Selamat Datang Kepada Coldplay

today11 May 2023

Background

Perdana Menteri Ucap Selamat Datang Coldplay Live In Kuala Lumpur, Pemina Teruja! Siap ‘Request’ Tiket Harga Rahmah

Bahang sambutan konsert kumpulan popular antarabangsa, Coldplay kian terasa apabila rata-rata peminatnya teruja menyambut kedatangan kumpulan itu pada konsert siri jelajah dunia, Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang akan diadakan pada 22 November 2023.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahin juga antara yang mengalu-alukan kedatangan kumpulan rock  terkenal itu menerusi ciapannya di Twitter.

“Selamat datang ke Kuala Lumpur!,” ciapnya ringkas.

 

Manakala, menerusi hantaran yang berlainan pula, Anwar turut memuat naik video berdurasi 15 saat di platform sama pada Rabu.

Dan, setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 60,000 tontonan.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keterbukaan yang ditunjukkan Perdana Menteri, malah ada yang tampil meninggalkan komen meminta agar tiket harga rahmah ditawarkan kepada peminat.

 

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Belum rezeki Weng Son

Phnom Penh: Atlet wushu negara Wong Weng Son perlu menunggu lebih lama lagi untuk meraih emas di temasya Sukan Sea apabila membawa mengakhiri saingan acara gabungan jianshu - qiangshu di tempat kedua sebentar tadi. Aksi yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar menyaksikan status Weng Son sebagai bekas juara dunia tidak mampu untuk memikat hati barisan juri untuk memperoleh markah tinggi sekali gus terpaksa berpuas hati membawa pulang perak dengan […]

today11 May 2023