Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Peminat Twitter Tak Suka Dengan Nama Panggilan Tokti, Ini Reaksi Siti Nurhaliza

today9 May 2022

Background

Kecoh di media sosial mengenai segelintir peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tidak gemar dengan panggilan mesra Tokti yang diberikan kepada beliau.

Segelintir peminat Siti di Twitter tidak senang dengan panggilan terbabit dan sering mengkritik mereka yang memanggil Siti sebagai β€˜Tokti’.

Tenang memberikan respons, Siti menjelaskan bahawa dirinya kurang berada di Twitter berbanding di Instagram (IG) dan dia jarang mengetahui isu atau kontroversi yang berlaku di Twitter berkaitan dirinya.

β€œSaya kurang berada di Twitter berbanding dengan IG sebab IG ni orang-orang dia lebih memahami dan dia hormat sikit berada di rumah orang.

β€œSo sebab tu saya jarang tahu sikit apa yang terjadi di Twitter. Apabila saya nak upload nak beritahu tentang sesuatu, baru saya masuk.

β€œTak adalah hari-hari asyik tengok apa orang cakap pasal saya… sebab tu kadang saya banyak missed kat Twitter punya isu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

Tambah Siti, isu panggilan ini bukan perkara yang besar dan hanya perkara yang remeh.

β€œKalau pasal nak panggil tu pun jadi masalah, susah jugak tu… Takpelah apa-apa pun lah.

β€œKak Iti boleh, Tokti boleh. Itu bukan satu masalah yang besar lah kot kan.

β€œKadang benda tu lah yang terlalu remeh pun jadi besar. Sebab tu saya tak suka sangat carry perasaan, carry minda saya dalam Twitter punya isu.

β€œKomen sikit-sikit tu takpe lah… kalau melampau saya senang je zaasss (block),” ujarnya lagi.

Single raya terbaharu Siti, Lip Lap Raya kini meraih lebih 950,000 tontonan di YouTube.

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Azam Azmi Dan Hairiey Hakim Tidak Akan Diturunkan Menentang Laos

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin kini berada di Thailand dan sempat turun padang melawat sesi latihan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin kini berada di Thailand dan sempat turun padang melawat sesi latihan pasukan bola sepak lelaki bawah 23 tahun (B-23) di Padang Latihan Palace Sports Nam Dinh Province hari ini.

today9 May 2022