Hot FM

Pemindahan teknologi perkara utama dalam perolehan senjata


Menteri Pertahanan Khaled Nordin bersama rakan sejawat dari Itali, Guido Crosetto, mengadakan pertemuan sempena Dialog Shangri-La. (Gambar Facebook)
SINGAPURA:

Malaysia akan mempertimbangkan perolehan sistem persenjataan daripada mana-mana negara yang bersedia untuk berkongsi dan memindahkan teknologi mereka, kata Menteri Pertahanan Khaled Nordin.

Beliau berkata sebagai sebuah negara berkecuali, Malaysia membuat perolehan peralatan ketenteraan daripada pelbagai negara, asalkan terma dan syarat yang ditetapkan adalah berasaskan kepercayaan.

“Apabila kami melakukan perolehan, kami melihat kepada negara yang benar-benar boleh memindahkan teknologi mereka kepada kami, negara yang bukan sahaja mahu menjadikan kami sebagai pelanggan, tetapi melihat kami sebagai rakan kongsi.

“Rakan kongsi dalam erti kata mereka bersedia untuk menyokong dasar kami, dan antara dasar baharu kami adalah untuk mampu berdikari bagi menyokong industri pertahanan tempatan,” katanya kepada Bernama di luar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version