

Lapan individu termasuk seorang pempengaruh yang dipercayai terbabit dalam video tular kerana menutup jalan bagi perlumbaan haram di Lebuhraya Linkedua, Sabtu lalu direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Perintah reman terhadap semua suspek berusia 26 hingga 45 tahun itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret Kulai selepas mendapat permohonan daripada polis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, menurut Berita Harian.
Ia bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam, Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata kesemua suspek ditahan 11.54 pagi semalam oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai.
Ia susulan video tular berdurasi 33 saat yang memaparkan…