Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pempengaruh antara 8 direman kes tutup jalan untuk lumba haram

today24 August 2026

Background


tutup highway untuk lumba haram
Terdahulu, tular satu video menunjukkan beberapa individu menutup jalan di lebuh raya berkenaan bagi memberi laluan kepada lumba haram di Lebuhraya Linkedua, Sabtu lalu.
PETALING JAYA:

Lapan individu termasuk seorang pempengaruh yang dipercayai terbabit dalam video tular kerana menutup jalan bagi perlumbaan haram di Lebuhraya Linkedua, Sabtu lalu direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap semua suspek berusia 26 hingga 45 tahun itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret Kulai selepas mendapat permohonan daripada polis mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, menurut Berita Harian.

Ia bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata kesemua suspek ditahan 11.54 pagi semalam oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai.

Ia susulan video tular berdurasi 33 saat yang memaparkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Coco kembali mengganas, juara di Cincinnati

Cincinnati: Coco Gauff memberi amaran awal menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila mendominasi Jessica Pegula 6-2, 6-4 untuk meraih gelaran pertamanya musim 2026 pada kejohanan WTA 1000 di Cincinnati, semalam.

today24 August 2026