Site icon Hot FM

Pemuda 20 tahun didakwa bunuh kekasih hamil


Muhammad Fakrul Aiman Sajali didakwa membunuh kekasihnya berusia 21 tahun antara 8.30 malam 22 Mei lalu hingga 8 pagi hari seterusnya.

Bekas penuntut IPT, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20, didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini kerana membunuh kekasihnya.

PETALING JAYA: Seorang pemuda berusia 20 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini atas tuduhan membunuh kekasihnya minggu lepas.

Harian Metro melaporkan, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, yang juga bekas penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), mengangguk faham ketika tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kekasihnya yang berusia 21 tahun di Jalan Benteng Laut, Jalan Sungai Limau, antara 8.30 malam 22 Mei lepas hingga 8 pagi hari seterusnya.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version