
PETALING JAYA: Sayap Pemuda dan Bersatu di beberapa negeri menyokong cadangan Presidennya, Muhyiddin Yassin melaksanakan transisi kepimpinan dalam pemilihan parti Oktober ini.
Ia terdiri daripada Bersatu Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Pahang, Johor dan Wilayah Persekutuan.
Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam kenyataan berkata, langkah itu mampu mewujudkan keharmonian, kesepaduan dan kestabilan dalam parti bagi mendepani cabaran politik semasa.
Katanya, fokus utama Bersatu ialah menjadi pembela rakyat ketika kerajaan gagal mendengar keluhan mereka.
Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker menyifatkan ia transisi kepimpinan strategik melalui rundingan bersama bagi mencapai muafakat organisasi dan langkah bijak bagi mengukuhkan…