Menerusi video berkenaan, kelihatan ramai pemuda yang berkumpul di sebuah booth menjual baju bundle di Bundle Expo 2021.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila penjual itu dilihat membuka bidaan kepada orang ramai. Lebih mengejutkan lagi, baju itu terjual pada harga RM1800 setelah seorang pemuda membida dengan harga tersebut.
Baju Akira yang merupakan edisi pertama anime itu telah terjual pada akhirnya kepada pemuda itu. Malah, ramai yang bergembira dan turut bertepuk tangan untuknya.