
PETALING JAYA: Dua Pemuda DAP bahagian mahu tindakan diambil terhadap seorang pembantu kepada Pengerusi Lim Guan Eng kerana mengganggu Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim, semalam.
Pemuda DAP Batu Kawan dan Bukit Mertajam dalam kenyataan berasingan membidas pembantu itu, yang dinamakan sebagai Tan Khong Chong, atas kelakuan yang disifatkan sebagai biadab dan tidak wajar.
Menurut Pemuda DAP Batu Kawan, perbuatan Tan mencemar imej parti dan menuntut tindakan disiplin yang segera dan tegas kerana melanggar etika parti.
“Kami tidak akan membenarkan sebarang bentuk keganasan, penghinaan, atau serangan terbuka yang bertujuan untuk menjejaskan kredibiliti pengerusi DAP Pulau Pinang.
“Kami menuntut agar semua ahli parti menghormati dan menjaga disiplin serta etika dalam setiap tindakan mereka.”
Pemuda DAP Bukit Mertajam pula berkata…