Site icon Hot FM

Pemuda Hadiahkan Pak Cik Motosikal Lepas Viral Video Hantar Anak Ke Sekolah Naik Basikal


Lelaki yang dikenali sebagai pak cik Basri itu mula tular selepas videonya menghantar anak perempuan ke sekolah menaiki basikal yang sudah diubah suainya.

Di dalam video tersebut, basikal itu telah diubah suai dengan meletakkan bumbung dan tempat duduk di bahagian belakang untuk anaknya.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga seorang pemuda yang dikenali sebagai Adrian Edy menghadiahkannya sebuah motosikal.

Adrian memberitahu dia tersentuh hati melihat pengorbanan pak cik berkenaan dan berharap pemberian motosikal ini dapat meringakan sedikit sebanyak beban buatnya.

“Sedih sangat nampak video pak cik Basri naik basikal bersama anaknya Putri Sarah yang tular, syukur kita hadiahkan motosikal baru buat mereka, hadiah daripada rakyat untuk mereka, pakcik Basri dulu kerja jual aiskrim keliling kampung, setiap hari hantar dan ambil anak dari sekolah guna basikal,” tulisnya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version