Menerusi video yang dimuat naik oleh @ini.eqi, kelihatan dia menceritakan kisah lucu yang baru saja berlaku kepada dirinya.
Menurutnya, telah mengambil sepaket susu yang disangka yoghurt di dalam peti ais rumah kakaknya. Kebetulan, selepas dia minum separuh dari plastik kecil itu, dia teringat untuk bertanya kepada kakaknya apa sebenarnya isi di dalam paket plastik itu.
Apa yang membuatkan pemuda itu terkesima adalah rupa-rupanya itu merupakan susu badan kakaknya yang telah dipam dan disimpan dalam peti ais sebagai stok untuk bayi.