Hot FM

Pemuda maut rempuh pacuan empat roda di lorong kecemasan


Abdul Malik Hasim
Menurut Ketua Polis Nilai Abdul Malik Hasim, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 29.1 Lebuhraya Kajang-Seremban arah selatan, Nilai semalam.

Kejadian kira-kira 9.40 malam itu menyebabkan mangsa berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha berkonvoi dengan rakannya ke Senawang.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, mangsa merempuh bahagian belakang kenderaan terbabit yang berhenti di lorong kecemasan kerana dipercayai mengalami masalah enjin.

“Pemandu kenderaan berusia 50an dan anak lelakinya berusia 30an yang berada di luar kenderaan ketika itu turut dirempuh,” katanya, menurut Sinar Harian.

Katanya, rakan mangsa yang berusia 30an turut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version