Hot FM

Pemuda PKR berarak ke Parlimen gesa Azam Baki letak jawatan



Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir menyerahkan memorandum kepada Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Lebih 50 ahli Pemuda PKR berarak ke Parlimen menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki meletak jawatan.

Sayap itu yang diketuai Ketuanya, Akmal Nasir berhimpun di luar Parlimen hari ini untuk menyerahkan memorandum mereka kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Memorandum itu mengandungi lapan tuntutan, termasuk segera menggantung Azam dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat pemilikan saham Azam.

Tuntutan lain termasuk langkah mengelakkan rasuah pada masa depan, seperti pindaan terhadap Akta SPRM untuk semak dan imbang lebih baik, meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di bawah Parlimen, dan perlindungan lebih baik di bawah undang-undang pemberi maklumat.

“Semak dan imbang dalam SPRM…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version