
Ketua Pemuda PKR Kamil Munim mendakwa kerjasama Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada PRN Negeri Sembilan lebih didorong oleh kepentingan politik berbanding agenda membela rakyat.
Kamil yang juga setiausaha politik kepada menteri kewangan merangkap perdana menteri mendakwa, langkah itu dilihat sebagai usaha membina momentum politik untuk mencabar kepimpinan Anwar Ibrahim.
“(Pengerusi BN) Zahid Hamidi nak jadi perdana menteri berpakat dengan pembangkang untuk bina momentum jatuhkan Anwar. (Mereka) Memanipulasi isu kaum dan agama untuk raih sokongan melayu.
“Hakikatnya, modus operandi ini sama sepertimana Dr Mahathir Mohamad disingkirkan. Selepas itu, mereka pula akan bercakaran merebut kuasa,” katanya kepada FMT.
Kamil mengulas kerjasama BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan dengan masing-masing meletakkan calon di 25 serta 11 kerusi…