
BUTTERWORTH: Pemuda PKR akan mencadangkan beberapa nama calon berpotensi yang dapat mewakili suara golongan muda pada PRK DUN Sungai Bakap akan datang.
Ketuanya Adam Adli Abd Halim berkata satu mesyuarat khusus antara Pemuda kerajaan perpaduan akan diadakan pada malam ini bagi membincangkan mengenai PRK DUN Sungai Bakap.
“Setiap pihak dalam parti memang akan sentiasa diberikan peluang untuk memberi pencalonan mewakili sektor masing-masing. Itu bukan satu perkara yang akan kami risaukan.
“Pada masa sama, kita ada disiplin bahawa kita sentiasa beri sokongan yang penuh kepada mana-mana calon yang telah pun dipilih oleh parti,” katanya kepada pemberita selepas Kembara Jumpa Orang Muda di Dewan Konvensyen Seberang Perai (SP) Arena, Seberang Jaya.
Adam memaklumkan perbincangan calon masih dalam proses dan parti akan menentukan calon secara muktamad kelak.
Kerusi DUN Sungai…