PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, gagal memahami isu secara mendalam selepas mempersoalkan keputusan speaker Dewan Rakyat Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi bekas enam Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah untuk menyokong kerajaan, menurut Pemuda PKR.
Ketua Adam Adli Abd Halim berkata Akmal sepatutnya merujuk terlebih dahulu pandangan, maklumat, dan fakta, serta pendirian bersama kerajaan perpaduan sebelum membuat kritikan.
“Ini amalan bersama yang amat dituntut dan seharusnya jadi keutamaan terutama dalam situasi yang runcing. Kita tidak boleh terbuai dan menari mengikut rentak sumbang pembangkang. Jangan terpesona dengan sorakan pembangkang. Enak didengar tapi hanya untuk menjatuhkan kita.
“Adalah mendukacitakan andai kita yang bersama dalam perpaduan ini tidak mampu menolak pesona…