PETALING JAYA: Pemuda PKR Pulau Pinang mahu seorang Adun PAS digantung daripada persidangan DUN Pulau Pinang, kerana memetik sumber tidak sahih yang mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim antara pemimpin terkaya di dunia.
Ketuanya, Fadzli Roslan, berkata ‘tuduhan liar’ itu memalukan, dan wakil rakyat tidak sepatutnya menyebarkan maklumat palsu.
“Rakyat telah penat dengan budaya politik fitnah yang sengaja diwujudkan untuk menimbulkan kekeliruan dan kebencian,” kata ketuanya, Fadzli Roslan, dalam kenyataan.
Pemuda PKR juga mahu Adun berkenaan, yang tidak dinamakan, memohon maaf secara terbuka kepada Anwar atas dakwaan itu, yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Katanya, politik seperti ini harus dihentikan serta-merta.
Adun Penaga, Yusni Mat Piah membangkitkan dakwaan itu ketika…