
PETALING JAYA: Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan bertemu polis esok berhubung penganjuran himpunan “Gerakan Selamatkan Malaysia”, membantah tindakan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid Hamidi 16 Sept ini di Kuala Lumpur.
Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau dan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang dipanggil akan mengambil kesempatan itu berunding dengan polis bagi memastikan himpunan berjalan aman dan lancar.
“Kami ingin membuat penjelasan berhubung perhimpunan aman akan berlangsung 16 Sept yang diulas timbalan ketua polis negara, di mana polis tak terima permit sehingga semalam.
“Pemakluman kepada polis telah dibuat semalam iaitu lima hari sebelum himpunan. Permohonan mengadakan himpunan juga telah berlaku antara pihak kami dan polis bermula semalam.
“Esok saya dengan Wan Fayhsal dipanggil…
