Hot FM

Pemuda rentas parti seru siasatan telus terhadap keganasan babit atlet


Pemain Selangor FC, Faisal Halim alami luka lecuran tahap empat selepas menjadi mangsa simbah asid di sebuah pusat beli belah pada 5 Mei lalu.

PETALING JAYA: Pemimpin muda dari kerajaan dan pembangkang merentas parti bagi menyeru siasatan menyeluruh dan telus terhadap kejadian keganasan membabitkan atlet.

Dalam satu kenyataan bersama, wakil rakyat daripada Barisan Nasional, Pakatan Harapan, dan Perikatan Nasional berkata keganasan perlu ditangani menerusi penguatkuasaan undang-undang yang tegas, agar tidak berulang pada masa akan datang.

“Kami amat terkesan tatkala menekuni sidang media terkait perkembangan mutakhir Faisal Halim beberapa hari lalu yang sememangnya menyentuh nurani rakyat,” menurut kenyataan mereka.

Kenyataan diterbitkan oleh Exco kerajaan Melaka Dr Akmal Saleh dari Umno; Exco kerajaan Selangor Najwan Halimi dari PKR, Exco kerajaan Pulau Pinang Daniel Gooi Zi Sen dari DAP, dan Senator Hasbie Muda dari Amanah; serta Ahli Parlimen Alor Afnan Hamimi Taib Azamudden…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version