Menerusi video yang dimuat naik oleh @faisal.suhaimi, kelihatan pemuda itu sedang membawa sebiji kek hari jadi. Dipercayai, dia ingin membuat kejutan untuk adiknya.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila tiba-tiba muncul seekor kucing dari tepi dan mencakar kakinya.
Akibat terkejut, pemuda itu pantas menendang si kucing dan tergolek jatuh ke belakang. Namun begitu, dia dilihat masih sempat menyelamatkan kek hari jadi itu yang sudah nampak sedikit buruk.