Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemuda Umno Johor gesa kerajaan negeri perkenal pakej rangsangan ekonomi

today26 April 2026

Background


Noor Azleen Ambros mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno Johor, semalam.
PETALING JAYA:

Pemuda Umno Johor menggesa kerajaan negeri segera memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bagi menangani kesan langsung krisis tenaga global yang semakin memberi tekanan kepada rakyat dan sektor perniagaan.

Ketuanya Noor Azleen Ambros berkata, pakej itu perlu memberi keutamaan kepada kumpulan sasar dan golongan rentan paling terkesan akibat kenaikan harga bahan api termasuk pengusaha bas sekolah, bas pelancong, bot pelancongan khususnya di Mersing, nelayan kecil serta petani, bagi memastikan kelangsungan rantaian bekalan makanan negeri.

Katanya, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) juga digesa melaksanakan langkah segera seperti pemberian rebat, potongan sewa dan pengurangan cukai premis bagi membantu meringankan beban peniaga kecil dan sederhana yang berdepan peningkatan kos operasi.

“Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) juga disaran menawarkan diskaun sewa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Azizulhasni ‘ajar’ dunia erti juara

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan tiada apa yang mustahil di usia 'senja' apabila mengesahkan statusnya selaku juara keseluruhan acara keirin pada siri Piala Dunia Trek UCI tahun ini.

today26 April 2026