Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemuda Umno Selangor bawa isu komen Yeo dalam mesyuarat parti

today27 December 2025

Background


Mohd Imran Tamrin
Ketua Pemuda Umno Selangor, Mohd Imran Tamrin berkata kegagalan Setiausaha Publisiti DAP Yeo Bee Yin memohon maaf menunjukkan DAP tidak menghormati semangat kerjasama.
PETALING JAYA:

Pemuda Umno Selangor akan membawa isu kegagalan Setiausaha Publisiti DAP Yeo Bee Yin memohon maaf di atas hantaran ‘meraikan’ keputusan rayuan tahanan rumah Najib Razak untuk dibincangkan dalam mesyuarat badan perhubungan negeri.

Ketua Pemudanya, Mohd Imran Tamrin berkata dalam mesyuarat itu Pemuda Umno Selangor akan mengemukakan usul rasmi supaya kerjasama Umno dan DAP di negeri itu dikaji dan diperhalusi semula.

“Mesyuarat badan perhubungan negeri akan diadakan dalam masa terdekat sebelum perhimpunan agung Umno yang dijangka bermula 14 Jan ini.

“Isu ini akan dibawa secara rasmi kepada Umno Selangor,” katanya kepada FMT.

Katanya, Pemuda Umno Selangor juga akan membawa isu berkenaan kepada pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor yang juga menteri besar Amirudin Shari, bagi menggesa tindakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Mohamad Fadli


Previous post

Sukan

Elias mahu tutup tahun dengan bergaya

Kuala Lumpur: Petarung Muay Thai negara, Muhammad Elias Ghazali Zulfikar tidak berselindung apabila melaungkan sasaran jelas untuk menumbangkan wakil Indonesia, Fahri Alamsyah menerusi kemenangan knockout (KO) pada pertarungan utama Fury Redemption di Arena Sukan Kuala Lumpur, esok.

today27 December 2025