

Usaha memperkukuh dan memulihkan ekonomi susulan ketidaktentuan global akibat konflik di Asia Barat antara fokus Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149, yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen, hari ini.
Mesyuarat turut meneliti tahap kesiapsiagaan negara menghadapi fenomena El Nino yang dijangka memberikan kesan ke atas bekalan air, sektor pertanian, keselamatan makanan serta meningkatkan risiko cuaca panas melampau dan jerebu.
“Penekanan turut diberikan kepada usaha memastikan setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berpaksikan kepentingan rakyat, di samping memperkukuh daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti serta menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara,” kata Anwar di Facebook.
Mesyuarat itu memberikan tumpuan kepada pelbagai inisiatif kerajaan ke arah…