
Seorang pemungut hutang didakwa di dua mahkamah berasingan di Shah Alam atas tuduhan mengurung, mencederakan dan amang seksual fizikal seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning minggu lalu.
Di Mahkamah Majistret, tertuduh Fadwan Abd Muaain, 42, mengaku bersalah atas tuduhan mengurung dan mencederakan mangsa selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin, lapor Sinar Harian.
Mengikut pertuduhan pertama, Fadwan yang bekerja sebagai pemungut hutang didakwa mengurung remaja itu dengan mengikat tangan dan kaki mangsa di sebuah pangsapuri di Seksyen 32 Shah Alam antara 8.05 pagi sehingga 11.50 pagi, 11 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau…