
KUALA LUMPUR: Syarikat yang menaja persatuan serta acara sukan wajar diberi pemotongan cukai atas sumbangan mereka kepada pembangunan sukan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata oleh itu, beliau akan meminta Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan perkara tersebut dalam merangka Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Oktober ini.
“Ini adalah bagi menarik penajaan yang berterusan dan secara tidak langsung ia juga akan mengurangkan kebergantungan dan beban dana kerajaan.
“Malaysia sebagai ‘sporting nation’ harus menjalin hubungan yang baik agar kita akan dapat merealisasikan matlamat kerajaan supaya negara berada di barisan hadapan dalam bidang sukan. Kecemerlangan sukan negara adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.
Beliau…