Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Penampilan Baby Shima Berbaju Kurung Raih Pujian – “Ayu & Sopan.. Teruskan Pakai Macam Ni”

today28 October 2022

Background

Sering dihimpit kontroversi, penampilan terkini penyanyi dangdut Baby Shima yang memakai baju kurung menarik perhatian warganet.

Dikongsikan menerusi hantaran terbaru akaun TikTok miliknya, kali ini Shima tidak menerima kritikan, sebaliknya dia mendapat pujian rata-rata peminat.

Dalam video terbabit, Shima menari sopan menggunakan lagu Sayunk I Love You nyanyian asal Chombi yang menjadi trend tekini di TikTok.

@babyshimaofficial Shayang shorylahhh #babyshima #fyp ♬ bunyi asal – Nyap tahuk

Menjengah ke ruangan komen, penampilan Shima berbaju kurung mendapat pujian ramai yang memuji dirinya sopan dan manis.

“Kan comel pakai macam ini. Nak menari ke apa ke pakai macam ini memang nampak ayu,” tulis seorang warganet.

“Comellah pakai pakaian sopan macam ini. Teruskan,” puji netizen.

Written by: Aqilah


Previous post