Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Penantian 8 Tahun Berakhir Dengan Berita Baik, Loca B Syukur Anak Dapat Kerakyatan Malaysia

today18 March 2024

Background

Penyanyi rap, Loca B, akhirnya dapat menarik nafas lega apabila anak sulungnya, Yusuf Alezander, 8, bakal mendapatkan status warganegara Malaysia.

Menerusi perkongsian di TikTok, Loca B atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali berkongsi berita gembira tersebut apabila dia menerima panggilan daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai keputusan itu.

“Selepas 8 tahun, saya akhirnya dapat panggilan daripada JPN. Yusuf akhirnya akan menjadi rakyat Malaysia.

“Saya pernah berkongsi cerita sukar saya untuk dapatkan kerakyatan bagi anak saya, Yusuf.
“Sekarang saya mahu berkongsi bahawa saya sudah dapat panggilan daripada JPN,” tulisnya teruja.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi rap, Tuju itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

“Terima kasih kepada semua yang membantu dalam perjalanan ini,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut bersyukur dengan berita gembira tersebut dan menyifatkan ia penantian yang berbaloi buat Loca B.

Untuk rekod, Yusuf adalah anak pertama Loca B yang dilahirkan di United Kingdom (UK) hasil perkahwinan terdahulu.

Pada Mac 2020 iaitu ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Loca berkahwin dengan penyanyi rap, Tuju dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bintang Aiko, 2.

Written by: Aqilah


Previous post