Hot FM

Pencalonan Howard di Gerik rugikan kepimpinan muda negara, kata penganalisis



Penganalisis berpendapat Howard Lee lebih sesuai diletakkan di kawasan bandar dan separa bandar yang didominasi DAP.

PETALING JAYA: Penganalisis politik mempersoalkan keputusan DAP mencalonkan bekas ketua pemudanya, Howard Lee di kubu kuat Umno di Gerik.

Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, jika Howard dicalonkan di kerusi Gerik bagi berhadapan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi maka keputusan itu akan merugikan pemimpin muda dalam politik Malaysia.

“Jangan adukan dua pemimpin muda di tempat sama. Biarkan kedua-duanya menang,” katanya kepada FMT.

Ini kerana rata-rata penganalisis beranggapan peluang DAP untuk menang di Gerik sukar disebabkan demografi kerusi tersebut yang mempunyai hampir 70% pengundi Melayu.

Mujibu Abd Muis dari Universiti Teknologi Mara pula berkata, pada pilihan raya umum (PRU) 2008, Gerakan masih bersama Barisan Nasional (BN) dan memperoleh kemenangan hasil sokongan pengundi Melayu yang dijana…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version