Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pencarian pesawat MH370 ditangguhkan, kata Loke

today3 April 2025

Background


Firma penerokaan maritim Ocean Infinity menghentikan pencarian MH370 di Lautan Hindi dan akan menyambung semula operasi pada hujung tahun ini. (Gambar Ocean Infinity)

KUALA LUMPUR: Pencarian terbaharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang lebih sedekad lalu, ditangguhkan buat sementara waktu, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

“Mereka menghentikan operasi buat sementara waktu tetapi akan menyambung pencarian pada hujung tahun ini,” kata Loke dalam rakaman suara yang dihantar pegawainya kepada AFP.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang itu hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Walaupun pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan telah dijalankan, pesawat tersebut masih belum ditemui.

Kenyataan Loke itu dibuat hanya sebulan selepas pihak berkuasa mengumumkan bahawa pencarian itu disambung semula, susulan beberapa percubaan sebelum ini yang gagal meskipun meliputi kawasan luas di Lautan Hindi.

Pencarian awal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: AFP


Previous post