Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pencawang padat TNB sebelah gereja Kepong terbakar

today9 June 2024

Background


Pencawang TNB bersebelahan sebuah gereja di Kepong terbakar tadi. (Gambar X)

PETALING JAYA: Sebuah pencawang padat Tenaga Nasional (TNB) bersebelahan Gereja Katolik Jesus Caritas di Kepong, Kuala Lumpur terbakar tadi.

Jurucakap bomba beritahu FMT bahawa gereja itu tidak terjejas dan tiada kehilangan nyawa atau kecederaan.

Sementara itu, bomba dalam kenyataan berkata jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.14 malam.

β€œKebakaran berjaya dipadamkan pada 9.21 malam,” kata Komander Operasi Kanan Mohd Azhar Harun.

Beliau berkata kebakaran melibatkan sebuah β€˜substation transformer’, dan pasukan yang melakukan pemadaman berdepan kemerbahayaan arus elektrik di lokasi

β€œPunca kebakaran masih dalam siasatan,” tambahnya.

Sementara itu, TNB Careline dalam satu catatan di Facebook memaklumkan bekalan elektrik yang terjejas di kawasan Jalan Kepong Baru, ekoran kebakaran tadi, dalam proses pemulihan secara berperingkat bermula 9 malam.

β€œBekalan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post