Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penceramah diperintah bayar RM830,000 kepada Khairy kerana libel

today19 February 2026

Background


Rasyiq Alwi Khairy Jamaluddin
Mahkamah Rayuan memerintahkan Rasyiq Alwi bayar ganti rugi am RM500,000, ganti rugi teladan RM80,000, dan ganti rugi teruk RM250,000 kepada Khairy Jamaluddin.
PUTRAJAYA:

Mahkamah Rayuan mengurangkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh penceramah, Rasyiq Alwi, kepada bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin, kepada RM830,000, berhubung kenyataan libel mengenai status vaksinasi Khairy.

Tahun lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rasyiq membayar Khairy sebanyak RM2 juta sebagai ganti rugi am, serta RM250,000 sebagai ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Sidang tiga hakim dipengerusikan Zaini Mazlan mengurangkan ganti rugi am kepada RM500,000 dan ganti rugi teladan kepada RM80,000, manakala mengekalkan ganti rugi teruk sebanyak RM250,000.

Hakim juga mengekalkan perintah mahkamah bawahan agar Rasyiq membayar faedah 5% setahun kepada Khairy ke atas jumlah yang telah diputuskan, dikira dari tarikh penghakiman sehingga selesai.

Khairy, yang diwakili Abdul Rashid Ismail selaku…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post