
Jumlah pendaftaran kad Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme meningkat kepada hampir 89,000 orang pada tahun ini, berbanding sekitar 23,000 orang pada 2021, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata peningkatan hampir empat kali ganda itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat kini semakin tinggi dengan ibu bapa lebih peka, pengesanan awal lebih berkesan dan masyarakat semakin terbuka untuk mendapatkan diagnosis.
“Perkara paling penting untuk masyarakat faham adalah autisme bukanlah satu penyakit. Ia merupakan satu spektrum perkembangan neurologi.
“Apabila kita faham perkara ini, barulah kita dapat membuang stigma. Hakikatnya, golongan ini mempunyai bakat neurodiversiti yang unik dan mampu cemerlang dalam pelbagai bidang seperti sains, seni, dan teknologi,” katanya di Facebook sempena sambutan Bulan Kesedaran Autisme.
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Kertas Putih Kesihatan membawa pendekatan…